Powered by Blogger.

FACIAL BERGERAK.

Read more...

KENALI DIRI ANDA


Be Happy Now! Feel Good Now! 
And Love Yourself.

KESEJAHTERAAN DAN KECERGASAN FIZIKAL, MENTAL, EMOSI DAN SPIRITUAL.

Manusia berbeza dari makhluk lain kerana kejadiannya bukan sahaja fizikal (nyata / visible) tetapi ada lagi 3 unsur ia itu mental, emosi dan spiritual (ghaib / invisible). Mengikut R. Buckminster Fuller apa yang kita lihat hanyalah 1% kejadian manusia manakala 99% tidak dapat kita lihat. Kesejahteraan dan kecergasan dalaman (invisible) mencerminkan luaran (visible). Ibarat sebatang pokok , kita dapat melihat batang, daun serta dahan. Manakala akarnya yang memberi kekuatan dan kesuburan pada pokok tersebut berada dalam tanah (bumi). 

Sebahagian besar masyarakat kita menumpukan kepada pertumbuhan dan penjagaan fizikal yang berlebihan tanpa kawalan dengan berbelanja besar untuk makanan dan minuman harian. Mengambil beberapa produk supplimen sebagai makanan tambahan (kerana bimbang tidak cukup nutrien) juga jadi amalan bagi yang mampu. Fenomena ini mengakibatkan obesiti dan seterusnya terdedah kepada pelbagai penyakit. Kadar obesiti penduduk Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia sakit/mati akibat terlebih makan berbanding kekurangan makan.

Amalan menjaga atau memberi ‘makanan’ kepada mental, emosi dan spiritual sering diabaikan. Setiap unsur penting ini memerlukan makanan dan penjagaan sebagaimana diperlukan oleh fizikal kita. Massage danterapi adalah salah satu sumber ‘makanan’ utama untuk mengembali dan mengekalkan kecergasan serta perkembangan mental, emosi dan spiritual untuk terus subur dan mantap. Apabila unsur dalaman ini mantap ia akan terserlah dan dilihat pada penampilan fizikal anda. Ibarat pokok apabila akar diberi baja secukupnya maka batang, dahan dan daun pun akan kelihatan subur dan segar. Massage dan terapi mampu melancarkan aliran darah seterusnya meredakan  STRES yang menjadi punca utama berbagai jenis penyakit.

Kami menawarkan beberapa pakej khas untuk memenuhi keperluan  mental, emosi dan spiritual anda, demi kelangsungan hidup dan penampilan anda akan kelihatan lebih ceria. Untuk memberi kesan maksima kami kategorikan masage terapi ini mengikut tahap umur agar tumpuan khusus dapat diberi mengikut kesesuaian dan keperluan mereka. Umpama produk susu, disesuaikan mengikut keperluan bayi, kanak kanak, remaja, wanita hamil, orang dewasa dan warga yang berumur lanjut. Kaedah massage terapi kami dirumus khusus untuk keperluan anda agar lebih produktif dan berkesan.

Read more...

BERTENAGA DAN MEYAKINKAN

 
Kesihatan atau kerjaya? Apa pun pilihan yang pasti wanita wajib menjara dirinya agar menyerlahkan penampilan bertenaga daan meyakinkan setiap hari . Keinginan memilikki bentuk badan yang ideal dengan gaya hidup  berhemat memerlukan keberanian merancang dan kegigihan berterusan  untuk menjaga badan anda luaran dan dalaman serta memahami segala risiko kerana mengabaikannya.

Selain  produk terpilih untuk menjaga kebersihan dan kesihatan badan  kami juga menawarkan khidmat MASSAGE untuk wanita samada yang sudah berkeluarga atau remaja. Kami memahami tentang kesedaran penjagaan badan semakin penting kerana setiap hari kita pasti berinteraksi dengan orang ramai, walaupun masih ada yang gagal mengurus dirinya sendiri.

Massage adalah kaedah semula yang terbukti berkesan untuk mencapai ketenangan dan kerehatan fizikal dan minda. Pekej istimewa URUT dan BERTUNGKU ditawarkan khusus untuk ibu ibu yang baru bersalin.

Read more...

APA PILIHAN ANDA?


Kesihatan atau kerjaya? Apa pun pilihan yang pasti wanita wajib menjaga dirinya agar menyerlahkan penampilan bertenaga daan meyakinkan setiap hari. Keinginan memilikki bentuk badan yang ideal dengan gaya hidup  berhemat memerlukan keberanian merancang dan kegigihan berterusan  untuk menjaga badan anda luaran dan dalaman serta memahami segala risiko kerana mengabaikannya.

Selain  produk terpilih untuk menjaga kebersihan dan kesihatan badan  kami juga menawarkan khidmat MASSAGE untuk wanita samada yang sudah berkeluarga atau remaja. Kami memahami tentang kesedaran penjagaan badan semakin penting kerana setiap hari kita pasti berinteraksi dengan orang ramai, walaupun masih ada yang gagal mengurus dirinya sendiri.

Massage adalah kaedah semula yang terbukti berkesan untuk mencapai ketenangan dan kerehatan fizikal dan minda. Pekej istimewa URUT dan BERTUNGKU ditawarkan khusus untuk ibu ibu yang baru bersalin.


TAMPIL YAKIN DAN BERTENAGA

Read more...

Tip-tip mengurangkan berat badan


HM - Sep 28, 2010
ELAKKAN penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.
* Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan. 
* Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari. Banyakkan pergerakan Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.
* Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.
* Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.
* Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badananda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
* Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akanberkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!.
* Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!
* Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.
*Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Read more...

PERINGATAN UNTUK WANITA


BELAI DAN SAYANGI DIRI ANDA

Kesihatan atau kerjaya/wang? Apabila soalan ini ditimbulkan ramai memilih kesihatan tetapi dalam realiti kehidupan adalah sebaliknya. Apa pun pilihan anda, pastikan anda meluangkan masa untuk memanja dan membelai diri anda. Setiap wanita berhak terhadap dirinya.

Tugasan di rumah dan pejabat yang tidak pernah habis, kesesakan jalan raya, melayan anak anak dan keluarga serta persekitaranan semasa, mengebabkan ramai wanita mengalami stress.  Mengikut pakar saikologi dan kesihatan STRESS adalah punca sebahagian besar penyakit. Jangan ambil mudah dan membiarkannya berlarutan. Bertindak sekarang sebelum terlambat.

Sikap orang ramai yang cenderung kepada rawatan cepat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit (sedangkan sesuatu penyakit itu bukan datang dengan tiba tiba) dan sokongan iklan yang agresif dari syarikat perubatan moden menyebabkan kita lupa bahawa ada kaedah semula jadi (alternatif) untuk merawat. MASSAGE adalah cara rawatan semula jadi terbaik (tanpa kesan sampingan) yang diamalkan sejak turun temurun. Kami sarankan setiap wanita meluangkan masa untuk mengalami keseronokan massage sekurang kurangnya dua bulan sekali. 

Kepada ibu ibu selepas bersalin pula diingatkan bahawa MASSAGE dan BERTUNGKU adalah sangat baik sebagaimana amalan orang tua kita dahulu. Ramai wanita terlepas pandang betapa pentingnya menjaga badan selepas bersalin, kegagalannya berpotensi menjejaskan keharmonian hubungan suami isteri. Kaum wanitajangan memandang remeh mengenai laporan akhbar kes penceraian yang sering berlaku kerana hubungan suami isteri ‘kurang mesra’ setelah mendapat beberapa orang cahaya mata. Kami bersedia menyelesaikan masalah anda.

JANGAN BIARKAN SAKIT KEPALA BERLARUTAN
  • Adakah anda sering mengalami sakit kepala, migrain atau stres akibat beban kerja?
  • Adakah anak anda ‘tension' dan kadang kala berubah tingkah laku akibat tugasan / kerja sekolah dan ujian bulanan / peperiksaan akhir tahun? 
  • Tahukah anda mengikut kajian pakar bahawa sebahagian besar penyakit adalah disebabkan stres dan gangguan aliran darah dan toksin dalam badan? 

MASSAGE KEPALA mampu meningkatkan aliran darah dengan lebih berkesan tanpa kesan sampingan. 

Hubungi kami untuk meyelesaikan masalah anda dengan segera.

Read more...

Pageviews last month

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP