Be Happy Now! Feel Good Now!
And Love Yourself.
KESEJAHTERAAN DAN KECERGASAN FIZIKAL, MENTAL, EMOSI DAN SPIRITUAL.
Manusia berbeza dari makhluk lain kerana kejadiannya bukan sahaja fizikal (nyata / visible) tetapi ada lagi 3 unsur ia itu mental, emosi dan spiritual (ghaib / invisible). Mengikut R. Buckminster Fuller apa yang kita lihat hanyalah 1% kejadian manusia manakala 99% tidak dapat kita lihat. Kesejahteraan dan kecergasan dalaman (invisible) mencerminkan luaran (visible). Ibarat sebatang pokok , kita dapat melihat batang, daun serta dahan. Manakala akarnya yang memberi kekuatan dan kesuburan pada pokok tersebut berada dalam tanah (bumi).
Sebahagian besar masyarakat kita menumpukan kepada pertumbuhan dan penjagaan fizikal yang berlebihan tanpa kawalan dengan berbelanja besar untuk makanan dan minuman harian. Mengambil beberapa produk supplimen sebagai makanan tambahan (kerana bimbang tidak cukup nutrien) juga jadi amalan bagi yang mampu. Fenomena ini mengakibatkan obesiti dan seterusnya terdedah kepada pelbagai penyakit. Kadar obesiti penduduk Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia sakit/mati akibat terlebih makan berbanding kekurangan makan.
Amalan menjaga atau memberi ‘makanan’ kepada mental, emosi dan spiritual sering diabaikan. Setiap unsur penting ini memerlukan makanan dan penjagaan sebagaimana diperlukan oleh fizikal kita. Massage danterapi adalah salah satu sumber ‘makanan’ utama untuk mengembali dan mengekalkan kecergasan serta perkembangan mental, emosi dan spiritual untuk terus subur dan mantap. Apabila unsur dalaman ini mantap ia akan terserlah dan dilihat pada penampilan fizikal anda. Ibarat pokok apabila akar diberi baja secukupnya maka batang, dahan dan daun pun akan kelihatan subur dan segar. Massage dan terapi mampu melancarkan aliran darah seterusnya meredakan STRES yang menjadi punca utama berbagai jenis penyakit.
Kami menawarkan beberapa pakej khas untuk memenuhi keperluan mental, emosi dan spiritual anda, demi kelangsungan hidup dan penampilan anda akan kelihatan lebih ceria. Untuk memberi kesan maksima kami kategorikan masage terapi ini mengikut tahap umur agar tumpuan khusus dapat diberi mengikut kesesuaian dan keperluan mereka. Umpama produk susu, disesuaikan mengikut keperluan bayi, kanak kanak, remaja, wanita hamil, orang dewasa dan warga yang berumur lanjut. Kaedah massage terapi kami dirumus khusus untuk keperluan anda agar lebih produktif dan berkesan.
0 comments:
Post a Comment