PERINGATAN UNTUK WANITA
BELAI DAN SAYANGI DIRI ANDA
Kesihatan atau kerjaya/wang? Apabila soalan ini ditimbulkan ramai memilih kesihatan tetapi dalam realiti kehidupan adalah sebaliknya. Apa pun pilihan anda, pastikan anda meluangkan masa untuk memanja dan membelai diri anda. Setiap wanita berhak terhadap dirinya.
Tugasan di rumah dan pejabat yang tidak pernah habis, kesesakan jalan raya, melayan anak anak dan keluarga serta persekitaranan semasa, mengebabkan ramai wanita mengalami stress. Mengikut pakar saikologi dan kesihatan STRESS adalah punca sebahagian besar penyakit. Jangan ambil mudah dan membiarkannya berlarutan. Bertindak sekarang sebelum terlambat.
Sikap orang ramai yang cenderung kepada rawatan cepat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit (sedangkan sesuatu penyakit itu bukan datang dengan tiba tiba) dan sokongan iklan yang agresif dari syarikat perubatan moden menyebabkan kita lupa bahawa ada kaedah semula jadi (alternatif) untuk merawat. MASSAGE adalah cara rawatan semula jadi terbaik (tanpa kesan sampingan) yang diamalkan sejak turun temurun. Kami sarankan setiap wanita meluangkan masa untuk mengalami keseronokan massage sekurang kurangnya dua bulan sekali.
Kepada ibu ibu selepas bersalin pula diingatkan bahawa MASSAGE dan BERTUNGKU adalah sangat baik sebagaimana amalan orang tua kita dahulu. Ramai wanita terlepas pandang betapa pentingnya menjaga badan selepas bersalin, kegagalannya berpotensi menjejaskan keharmonian hubungan suami isteri. Kaum wanitajangan memandang remeh mengenai laporan akhbar kes penceraian yang sering berlaku kerana hubungan suami isteri ‘kurang mesra’ setelah mendapat beberapa orang cahaya mata. Kami bersedia menyelesaikan masalah anda.
JANGAN BIARKAN SAKIT KEPALA BERLARUTAN
- Adakah anda sering mengalami sakit kepala, migrain atau stres akibat beban kerja?
- Adakah anak anda ‘tension' dan kadang kala berubah tingkah laku akibat tugasan / kerja sekolah dan ujian bulanan / peperiksaan akhir tahun?
- Tahukah anda mengikut kajian pakar bahawa sebahagian besar penyakit adalah disebabkan stres dan gangguan aliran darah dan toksin dalam badan?
MASSAGE KEPALA mampu meningkatkan aliran darah dengan lebih berkesan tanpa kesan sampingan.
Hubungi kami untuk meyelesaikan masalah anda dengan segera.
0 comments:
Post a Comment